Rabu, 24 November 2010

sudah dilepaskan PTPTN

Salam semua..

akhirnya...
nama saya telah dikeluarkan dari senarai hitam ptptn..
Alhamdulillah syukur..

justeru..pada bulan 1 tahun hadapan..
dengan izinNya saya akan pergi ke tanah besar china..=)
seronoknya..x sabar pulak hehehe..

saya akan membawa masuk stok2 baru untuk pakaian kanak-kanak
dan juga pakaian baby / bayi..
saya akan cuba cari branded punya..mcm GAP,carter,disney,oshkosh dll..
harap dapat memenuhi permintaan pengedar dan bakal pengedar saya..

jika ada sebarang cadangan boleh bg comment yer..
kot2 ada yg duk tgh cari brand2 lain ker kan
mana nak tau..

ok la itu sahaja buat kali ini..

P/S: saya akan buka pendaftaran menjadi pengedar / agen baru
apabila stok barang sudah sampai di tangan saya..
nantikan khabar berita dari saya..so slalu la jenguk blog ni hehe..=)

P/S: saya sedang mengupah flarebiz network utk bakal website saya..
nantikan kemunculannya..

ORA! ORA!

Jumaat, 15 Oktober 2010

PAKAIAN KANAK-KANAK



















Salam semua,

ini adalah barang terbaru di ambil dari indonesia
brand GAP original siap ada tag.
ini baju kanak2.

ada banyak lagi patern, lebih dari 50 patern
tak larat kalau nak upload semua..hehehe..

ok tawaran untuk produk ini:

HARGA BIASA: RM25/sehelai POS PERCUMA!!

HARGA BORONG: RM12/sehelai min order 10 helai POS PERCUMA!!

nak tgk contoh kain boleh jumpa area kL, kota damansara, batu caves.

sebarang pertanyaan boleh reply kat comment.

terima kasih..ORA! ORA!!

Isnin, 27 September 2010

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum semua,

hari ini saja nak sembang2..
dalam suasana sejuk dingin pagi..
kL baru lepas hujan tu yg sejuk..

saya nak cerita pasal perniagaan saya..
lama dah x berupdate blog ni..
sibuk sgt2 dgn program2 raya hehehe..

bab biz saya..mcm2 dugaan mendtg..
time bln posa Alhamdulillah syukur..
semua berjalan lancar..

dan utk pergerakkan seterusnya..
saya menghadapi cabaran dan dugaan
cabaran n dugaan yg saya buat sendiri..hehehe..

cabaran dia saya akan jadikan biz saya
lebih profesional dgn menubuhkan lg satu syarikat enterprise..
utk saya lebih serius..
dan dlm setahun saya target akan ada 2 buah kedai konvensional..

dugaan dia pula..
nama saya disenarai hitam imigresen oleh pihak ptptn..
yg mmg saya totally lost pasal ptptn ni..
dulu dah buat jadual pembayaran tp x settlekan sepenuhnya..
perkara ini berkaitan dgn biz saya..
pasal nak keluar negara utk mencari supplier dah x boleh..

baru cadang nak pergi china sendiri ambil barang..
seblom ni minta tolong kawan sahaja..
erm..kena settlekan dulu baru boleh keluar..

so pengajaran dia jgn ambil remeh perkara2 mcm ni..
x pasal2 sangkut nak buat biz..

sekian..selamat menyambut bln Syawal..

ORA! ORA!

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan

Salam semua,

pada bulan ramadhan ni la rezeki diberikan Tuhan meningkat,
baik yg makan gaji mahupun yg berniaga,
berusahalah serta yakin dengan janjiNya
yg penting jgn mengejar harta dunia smpi lupa padaNya..

badan terasa penat dan sakit2 tp hati terasa tenang..
ramadhan sudah dipertengahan
semakin hujung semakin mencurah rezeki pada yg berniaga..
ini pengalaman dari tahun lepas lg..
jualan seminggu seblom raya mencanak-canak
x percaya? tanya la pada yg berniaga..
lg2 yg berniaga baju raya..

ok setakat ini sahaja celoteh ramadhan kali ini..
selamat menyambut ramadhan al mubarak..
ORA! ORA!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Foot Detox Patch



Salam semua,

Kali ini saya nak criter pasal produk terbaru saya
iaitu foot detox patch yg teramat laris di pasaran

produk ini adalah secara tidak sengaja tersenarai
dalam pengedaran saya..
sebenarnya niat saya nak tolong kawan sahaja
tup-tup produk ni meletop smpi saya jd pengedar

kejadian dia mcm ni..
saya pergi melawat kawan2 lama kat uptown sri gombak
saya tgk kawan saya jual foot detox nie
dah tu tinggal sebungkus jer plak
saya tanya la kawan ni tentang permintaan produk ni..
dia jawab sangat tinggi sampai x cukup stok

saya teringat plak satu kawan saya yg lain jd pengedar produk ni
so saya tanya lagi pada kawan saya yg di uptown tu
'brapa ko jual sebungkus?' dia jawab RM25
dalam hati saya "mak aih mahal jugak benda ni ek"
saya tanya lg 'brapa ko dpt sebungkus?'
dia pun jawab RM15 sebungkus dia dapat.

so saya pun try la tanya kawan yg jd pengedar td
tanya punya tanya boleh la dpt RM9 sebungkus
saya pun bgtau kawan yg berniaga td
dia pun setuju nak ambil dgn kawan saya sebab lg murah

masalah timbul bila dia hanya ada modal utk ambil 70 paket jer
padahal minima utk dpt harga RM9 tu adalah 100 paket
so sbb nak tolong kawan saya pun sanggup la top up lg 30 paket
ingat nak pakai sendiri bg kat isteri ke, mak ke, mak cik ker kan
tapi x sempat pasal penghantaran di buat di pejabat saya bekerja
so kawan2 pejabat semua nampak dan berkenan nak beli dgn saya
ingatkan cukup la sbb ada 30 paket tp x cukup rupanya..
dlm 3 hari licin semua stok yg saya ada..
nasib baik saya x ambil stok kawan saya hehehe..
sbb saya jual RM10 sepaket..
kawan pejabat saya dah lama pakai dia beli pun RM20 sepaket
patut la sekejap jer stok saya licin..ngeh..ngeh..ngeh..

OK DI SINI SAYA NAK BUAT PROMOSI FOOT DETOX PATCH

100 paket (RM900) + RM50 kos pos = RM950.00


500 paket (RM4000) + RM100 kos pos = RM4100.00


1000 paket (RM7000) + RM200 kos pos = RM7200.00


* 1 paket = 10 pcs*

utk C.O.D pun boleh saya berada di Kota Damansara
sebarang pertanyaan boleh email saya di:

amrie1984@gmail.com

Ahad, 8 Ogos 2010

UpTown Sri Gombak

Salam semua,
hari ni nak cerita pasal uptown sri gombak

hari sabtu 7/8/2010 aku gi jln2 kat uptown sri gombak
saja2 lawat member2 lama yg aku kenal
dulu aku pun pernah berniaga kat sana

pandangan aku pasal uptown sri gombak ni
sambutan dia bermusim dan kureng org
ntah la kenapa, nak kata brg mahal
aku tgk ada jgk yg murah dari tempat lain
parking susah..x jugak, senang jer..
maybe dari segi promotion kot yg kureng hehehe..

time aku lawat hari tu seperti biasa
peniaga kureng apatah lg pengunjung kan..
kawan2 yg dulu sama2 berniaga pun tinggal 3-4 org jer

pendapat aku, kelemahan uptown ni pada peniaga:

1-shop lot x permanent so brg x leh nak simpan situ
2-khemah kena tunggu penganjur pasang br peniaga boleh berniaga
(lmbt pasang lmbt la berniaga)
3-penganjur kurang buat promosi yg jangka panjang.
4-tmpt kurang strategi, pasal byk tmpt seangkatan berdekatan cth: donau kota

kat sini sambutan boleh di katakan bermusim cth: nak sambut perayaan
kalau hari biasa ada hari2 tertentu plak
cthnya hari khamis ramai org berkunjung krn danau kota tutup hari khamis
so org ramai x byk pilihan utk pergi bershopping

kesimpulan dari cerita ini
rezeki yg Allah S.W.T beri amat luas
hanya kita perlu berusaha mencarinya..
jgn la kita dengki, busuk hati dan iri hati sesama kita..

yosh!! jumpa lagi ya..

Jumaat, 6 Ogos 2010

perniagaan kecil-kecilan




Ini la yg saya lakukan secara part time
jual produk2 seperti corell, t-shirt budak jenama GAP,
kasut Crocs, Victoria's Secret n mcm2 lg la..
semua produk2 ni 100% original.

Kebanyakkan brg2 ni saya jual di office kenalan sahaja
dah nama pun part time kan so okey la

cara saya mudah jer..guna email utk edarkan katalog
agen(bini,kakak,kakak ipar,kawan2) kenalan rapat jer hehehe..
setiap agen ini akan dibekalkan dgn katalog produk2 yg di pasarkan
agen2 akan edarkan katalog ini pada member2 opis diorg la
siapa yg berkenan boleh buat tempahan melalui agen ini
deposit akan dikenakan pada pembeli bg setiap tempahan yg di buat
bila brg smpi pembeli buat full payment itu sahaja

bila ada brg baru jer, katalog akan di update dan di edarkan pada agen
senang kan..walaupun part time kena gaya boleh masyuk woo...
lagi2 time nak raya ni hehe..

haa..cuma satu, pembekal kena cun dan brg pun kena cun
harga brg kita pun cun..kena bawah pada pasaran semasa..
contoh: corell set biasa 16 pcs pasaran semasa RM599/set
saya dpt pasarkan dgn harga RM400/set
agak2 org teliur x?

nak dapat harga cun ni selalunya kita deal dengan pengeluar
atau pemborong pun boleh janji harga bawah pasaran
so baru margin untung kita tinggi walaupun harga murah

cuba jangan x cuba
blom cuba blom tahu
Yezzaa..

Isnin, 2 Ogos 2010

Tak Ingat E-mail dan Password

Salam pada blog yg lama dah ku tinggalkan ni..hahaha...

Berkenaan dgn tajuk kali ni..
aku telah lupa e-mail n password utk akaun blog ni..
sbb tu la lama sgt x ada entri yg baru nak dekat setahun dah..hahaha..
last2 cari punya cari akhirnya jumpa gak..
nasib baik aku ada tulis dlm buku draf
kalau x alamatnya berkubur la blog ni

dah nak masuk 8 bulan aku kerja ngan tradewinds corp
still lg under training tp ok la di bayar mcm kerja
seronok gak kerja kat hotel istana ni
kerja maintenance ni x la teruk mcm aku kerja jd project engineer dulu
pasal semua kerja2 dah di seperate kan
engineer boleh tumpu pada paperwork
pyshical work technician take over
cukup mudah

ok la esok2 aku sambung lg post kat blog ni
nak cerita pasal biz yg aku tgh buat n bakal buat
still dlm perancangan
akan ada pelaburan besar hehehe..
kita nantikannya coming soon..

semoga kita semua di berkati Allah S.W.T
bersama kita memajukan diri
yosh!