Isnin, 9 Mei 2011

Kedai di sg. buloh

Salam semua,

kali ni nak bercerita pasal kedai lak.
saya pernah cerita ker yg saya ada kedai di sg. buloh?
saya baru jer ambil kedai pada bln 2 tahun ini.
masih dalam pembikinan lagi.

barang2 dah buat masuk semua dah ok.
cuma nak susun tu x buat2 lagi..
mulanya saya nak buat jd stor jer..
tp disbbkan kedai tu lawa sgt terus buat jd kedai..hahaha..

skrg tgh planning nak pasang air-cond..
pasal sy dah pasang glass door..
so kedai tu jd panas sgt sbb x ada pengudaraan..

nak kata besar kedai tu x adalah sedang2 jer..
sy suka kedai tu pasal dia siap ada bilik air..
so senang kalau nak solat ke sakit perut ker..
x payah nak pergi jauh2..

utk masa depan kalau ada rezeki boleh gaji pekerja..
x la pekerja tu susah kan..
buat masa skrg kedai tu jd tmpt display jer la..
mana2 customer sy yg nak tgk product
sy bawa pi kedai tu la senang..
sbb tu nak kena pasang air-cond

so planning terdekat nak pasang air-cond..
pastu nak kena buat banner kedai utk apply lesen kedai dari MBSA
seperti biasa mesti la guna nama GoBabyMama.com
baru ada branding hehehe..

ok la stop sini dulu..
byk lagi kerja nak kena buat..
website pun blom 100% siap pasal ada lg brg2 yg blom upload
kasi byk sikit brg2 dlm tu baru sedap nak promote kan..
actually sy lagi suka kalau fokus satu brg..
byk kelebihan dia..haa..nak tau apa kelebihan tu..
nantikan entri yg akan dtg..
Sayonara...

Ahad, 8 Mei 2011

Ambil stock di China

Salam semua pembaca,

Bulan 6 ini saya akan pergi ke China
utk pengurusan stock di sana
kali ini stock utk raya yang tak lama lagi

Bulan 8 dah start puasa
masa bulan puasa ini la utk berniaga
memang masa ini sesuai sangat berniaga
memang buat duit gila2 time ni

Biasa la masing2 bershopping membeli
barang2 keperluan utk beraya

teringat masa dulu time meniaga telekung di uptown
seronok sesangat, ingatkan tak ada sambutan
last2 tinggal x smpi 10 pasang jer telekung
lagi2 seminggu sebelum raya
time tu berebut org ramai membeli belah

Kali ini saya berhajat berniaga kasut kanak2 berjenama
mcm nike, adidas, lacoste dan lain2 utk kanak2 lelaki
guess, LV, burberry dan lain2 utk kanak2 perempuan

Lebih kurang mcm kasut2 dlm GoBabyMama
tp saiz lebih kepada kanak2 la
biasa la kanak2 ini la time raya nak bergaya kan..

Stock mungkin smpi di kedai pertghan bln 7..
so pada geng2 uptown n pasar mlm..
kalau nak stock2 yg masih panas2 kene cepat la..
sebab kali ini stock dibahagi 2..
pasal saya pun ingin menjual pada pengguna..
so pada peniaga2 saya beri separuh la dari stock yg smpi
hehehe..

mcm biasa nak dtg kena call dulu yer..
ok thank you very much..
Callos

Khamis, 5 Mei 2011

GoBabyMama.com

Salam semua buat pengunjung blog ini..
lama sesgt tak update blog ini..
teramat la sibuk utk menyiapkan website kedai online..
bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya
kedai online saya yg diberi nama
GoBabyMama.com telah dilancarkan secara rasmi..

Alhamdulillah sambutan juga amat menggalakkan..
w/pun blom siap 100% tp sudah ada pengunjung yg mula
membeli dari kedai online tersebut..
tidak disangka-sangka sekali (^_^)

Kedai online ini memberi fokus pada barangan baby
berbagai barang baby ada di sana antaranya
rompers, t-shirt baby, dress baby, kasut baby berjenama
nike, adidas, lacoste dan ada juga Disney trolley bag utk kanak-kanak.

Jika tidak keberatan boleh la singgah menjenguk di sana
sesuai sesgt utk ibu-ibu, emak-emak, mama-mama mencari
keperluan baby kesayangan masing-masing (^_^)
sesuai dgn motto kedai online tersebut

sekian di sini saja buat kali ini
adios amigos!