Isnin, 10 Oktober 2011

GoBabyMama.com

Lamanya rasa tak menulis dalam blog ni..
dah bersawang bagai hehe..busy..busy..busy..

Perkembangan terkini pasal GoBabyMama
time musim puasa sempat la kaut rezeki sikit..
Alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T
w/pun ikutkan jualan retail agak kurang
tp jualan borong byk membantu..

Biasa la bila musim puasa ni ramai yg nak berniaga
tp x tau nak niaga apa kan.
so saya syorkan la brg2 saya yg memang
permintaan dia agak tinggi untuk musim puasa ni.
tp saya fokus 1 brg jer iaitu kasut..

Ya..kasut sahaja..
brg lain tu utk jual sendiri2 la
kenapa kasut? sbb itu la produk sy yg paling laris
jd saya tumpukan produk itu je la
bukan apa senang x pening kepala
kena pikir byk benda.
Sebab bila kita fokus 1 benda je
usaha utk 1 benda lg senang dari byk2
dan hasilnya amat2 berbaloi-baloi
yer la kan 1 benda je nak kena tumpu
so usaha utk 1 ni mesti la lebih kan hehe..
ini tip berniaga paling senang. amalkan la x rugi..untung ada la =)

lepas raya maka bersepah la kembali kedai
so tgh duk kemas2 kedai, check stok bagai
lepas ni boleh la buat clearance sale =)
dlm pada tu sempat sambar peti ais sebijik
letak kat kedai wahaha..bkn apa bila pegi kedai
nak air jer kena pegi beli kat kedai runcit
letih la tiap2 kali kene berjalan hehe..

ok la stop sini..tgh buat kerja pemasaran
utk perkembangan terkini akan muncul
system dropship dari GoBabyMama.com
jadi pada yg nak berniaga tanpa simpan stok
boleh la gunakan perkhidmatan kami.
Akan muncul x lama lagi..insyaAllah..

Adios Amigos!
Assalamualaikum.

Khamis, 9 Jun 2011

Kedai gobabymama dah pasang air cond

Salam semua,

hehehe..saja nak cerita yang kedai saya
di sg. buloh sudah di pasang air cond
jadi lepas ni x da la duk panas jer kat kedai
w/pun ada kipas, sbb saya pasang glass door
dan partition kedai tu jadi agak panas
kerana tiada pengudaraan.

Setelah di pasang air cond mestila sejukkk..
jer lepas ni hehehe..baru la boleh duk
lama-lama kat kedai.

orang nak berkunjung kat kedai pun lebih selesa
nak duduk lama-lama hehehe..

ramai dah bertanya bila boleh dtg kedai
seblom ni, tp sbb risau diorg komplen panas
saya hold dulu jemputan ke kedai.

Sekarang dengan adanya air cond ni
boleh la saya ajak diorg ke kedai gobabymama ni
bershopping sakan kat sana hehehe..

Semoga perjalanan perniagaan saya
akan lebih lancar selepas ini.
okey samapai sini saja celoteh saya
adios amigos! =)

Isnin, 9 Mei 2011

Kedai di sg. buloh

Salam semua,

kali ni nak bercerita pasal kedai lak.
saya pernah cerita ker yg saya ada kedai di sg. buloh?
saya baru jer ambil kedai pada bln 2 tahun ini.
masih dalam pembikinan lagi.

barang2 dah buat masuk semua dah ok.
cuma nak susun tu x buat2 lagi..
mulanya saya nak buat jd stor jer..
tp disbbkan kedai tu lawa sgt terus buat jd kedai..hahaha..

skrg tgh planning nak pasang air-cond..
pasal sy dah pasang glass door..
so kedai tu jd panas sgt sbb x ada pengudaraan..

nak kata besar kedai tu x adalah sedang2 jer..
sy suka kedai tu pasal dia siap ada bilik air..
so senang kalau nak solat ke sakit perut ker..
x payah nak pergi jauh2..

utk masa depan kalau ada rezeki boleh gaji pekerja..
x la pekerja tu susah kan..
buat masa skrg kedai tu jd tmpt display jer la..
mana2 customer sy yg nak tgk product
sy bawa pi kedai tu la senang..
sbb tu nak kena pasang air-cond

so planning terdekat nak pasang air-cond..
pastu nak kena buat banner kedai utk apply lesen kedai dari MBSA
seperti biasa mesti la guna nama GoBabyMama.com
baru ada branding hehehe..

ok la stop sini dulu..
byk lagi kerja nak kena buat..
website pun blom 100% siap pasal ada lg brg2 yg blom upload
kasi byk sikit brg2 dlm tu baru sedap nak promote kan..
actually sy lagi suka kalau fokus satu brg..
byk kelebihan dia..haa..nak tau apa kelebihan tu..
nantikan entri yg akan dtg..
Sayonara...

Ahad, 8 Mei 2011

Ambil stock di China

Salam semua pembaca,

Bulan 6 ini saya akan pergi ke China
utk pengurusan stock di sana
kali ini stock utk raya yang tak lama lagi

Bulan 8 dah start puasa
masa bulan puasa ini la utk berniaga
memang masa ini sesuai sangat berniaga
memang buat duit gila2 time ni

Biasa la masing2 bershopping membeli
barang2 keperluan utk beraya

teringat masa dulu time meniaga telekung di uptown
seronok sesangat, ingatkan tak ada sambutan
last2 tinggal x smpi 10 pasang jer telekung
lagi2 seminggu sebelum raya
time tu berebut org ramai membeli belah

Kali ini saya berhajat berniaga kasut kanak2 berjenama
mcm nike, adidas, lacoste dan lain2 utk kanak2 lelaki
guess, LV, burberry dan lain2 utk kanak2 perempuan

Lebih kurang mcm kasut2 dlm GoBabyMama
tp saiz lebih kepada kanak2 la
biasa la kanak2 ini la time raya nak bergaya kan..

Stock mungkin smpi di kedai pertghan bln 7..
so pada geng2 uptown n pasar mlm..
kalau nak stock2 yg masih panas2 kene cepat la..
sebab kali ini stock dibahagi 2..
pasal saya pun ingin menjual pada pengguna..
so pada peniaga2 saya beri separuh la dari stock yg smpi
hehehe..

mcm biasa nak dtg kena call dulu yer..
ok thank you very much..
Callos

Khamis, 5 Mei 2011

GoBabyMama.com

Salam semua buat pengunjung blog ini..
lama sesgt tak update blog ini..
teramat la sibuk utk menyiapkan website kedai online..
bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya
kedai online saya yg diberi nama
GoBabyMama.com telah dilancarkan secara rasmi..

Alhamdulillah sambutan juga amat menggalakkan..
w/pun blom siap 100% tp sudah ada pengunjung yg mula
membeli dari kedai online tersebut..
tidak disangka-sangka sekali (^_^)

Kedai online ini memberi fokus pada barangan baby
berbagai barang baby ada di sana antaranya
rompers, t-shirt baby, dress baby, kasut baby berjenama
nike, adidas, lacoste dan ada juga Disney trolley bag utk kanak-kanak.

Jika tidak keberatan boleh la singgah menjenguk di sana
sesuai sesgt utk ibu-ibu, emak-emak, mama-mama mencari
keperluan baby kesayangan masing-masing (^_^)
sesuai dgn motto kedai online tersebut

sekian di sini saja buat kali ini
adios amigos!

Rabu, 24 November 2010

sudah dilepaskan PTPTN

Salam semua..

akhirnya...
nama saya telah dikeluarkan dari senarai hitam ptptn..
Alhamdulillah syukur..

justeru..pada bulan 1 tahun hadapan..
dengan izinNya saya akan pergi ke tanah besar china..=)
seronoknya..x sabar pulak hehehe..

saya akan membawa masuk stok2 baru untuk pakaian kanak-kanak
dan juga pakaian baby / bayi..
saya akan cuba cari branded punya..mcm GAP,carter,disney,oshkosh dll..
harap dapat memenuhi permintaan pengedar dan bakal pengedar saya..

jika ada sebarang cadangan boleh bg comment yer..
kot2 ada yg duk tgh cari brand2 lain ker kan
mana nak tau..

ok la itu sahaja buat kali ini..

P/S: saya akan buka pendaftaran menjadi pengedar / agen baru
apabila stok barang sudah sampai di tangan saya..
nantikan khabar berita dari saya..so slalu la jenguk blog ni hehe..=)

P/S: saya sedang mengupah flarebiz network utk bakal website saya..
nantikan kemunculannya..

ORA! ORA!

Jumaat, 15 Oktober 2010

PAKAIAN KANAK-KANAK



















Salam semua,

ini adalah barang terbaru di ambil dari indonesia
brand GAP original siap ada tag.
ini baju kanak2.

ada banyak lagi patern, lebih dari 50 patern
tak larat kalau nak upload semua..hehehe..

ok tawaran untuk produk ini:

HARGA BIASA: RM25/sehelai POS PERCUMA!!

HARGA BORONG: RM12/sehelai min order 10 helai POS PERCUMA!!

nak tgk contoh kain boleh jumpa area kL, kota damansara, batu caves.

sebarang pertanyaan boleh reply kat comment.

terima kasih..ORA! ORA!!

Isnin, 27 September 2010

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum semua,

hari ini saja nak sembang2..
dalam suasana sejuk dingin pagi..
kL baru lepas hujan tu yg sejuk..

saya nak cerita pasal perniagaan saya..
lama dah x berupdate blog ni..
sibuk sgt2 dgn program2 raya hehehe..

bab biz saya..mcm2 dugaan mendtg..
time bln posa Alhamdulillah syukur..
semua berjalan lancar..

dan utk pergerakkan seterusnya..
saya menghadapi cabaran dan dugaan
cabaran n dugaan yg saya buat sendiri..hehehe..

cabaran dia saya akan jadikan biz saya
lebih profesional dgn menubuhkan lg satu syarikat enterprise..
utk saya lebih serius..
dan dlm setahun saya target akan ada 2 buah kedai konvensional..

dugaan dia pula..
nama saya disenarai hitam imigresen oleh pihak ptptn..
yg mmg saya totally lost pasal ptptn ni..
dulu dah buat jadual pembayaran tp x settlekan sepenuhnya..
perkara ini berkaitan dgn biz saya..
pasal nak keluar negara utk mencari supplier dah x boleh..

baru cadang nak pergi china sendiri ambil barang..
seblom ni minta tolong kawan sahaja..
erm..kena settlekan dulu baru boleh keluar..

so pengajaran dia jgn ambil remeh perkara2 mcm ni..
x pasal2 sangkut nak buat biz..

sekian..selamat menyambut bln Syawal..

ORA! ORA!

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan

Salam semua,

pada bulan ramadhan ni la rezeki diberikan Tuhan meningkat,
baik yg makan gaji mahupun yg berniaga,
berusahalah serta yakin dengan janjiNya
yg penting jgn mengejar harta dunia smpi lupa padaNya..

badan terasa penat dan sakit2 tp hati terasa tenang..
ramadhan sudah dipertengahan
semakin hujung semakin mencurah rezeki pada yg berniaga..
ini pengalaman dari tahun lepas lg..
jualan seminggu seblom raya mencanak-canak
x percaya? tanya la pada yg berniaga..
lg2 yg berniaga baju raya..

ok setakat ini sahaja celoteh ramadhan kali ini..
selamat menyambut ramadhan al mubarak..
ORA! ORA!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Foot Detox Patch



Salam semua,

Kali ini saya nak criter pasal produk terbaru saya
iaitu foot detox patch yg teramat laris di pasaran

produk ini adalah secara tidak sengaja tersenarai
dalam pengedaran saya..
sebenarnya niat saya nak tolong kawan sahaja
tup-tup produk ni meletop smpi saya jd pengedar

kejadian dia mcm ni..
saya pergi melawat kawan2 lama kat uptown sri gombak
saya tgk kawan saya jual foot detox nie
dah tu tinggal sebungkus jer plak
saya tanya la kawan ni tentang permintaan produk ni..
dia jawab sangat tinggi sampai x cukup stok

saya teringat plak satu kawan saya yg lain jd pengedar produk ni
so saya tanya lagi pada kawan saya yg di uptown tu
'brapa ko jual sebungkus?' dia jawab RM25
dalam hati saya "mak aih mahal jugak benda ni ek"
saya tanya lg 'brapa ko dpt sebungkus?'
dia pun jawab RM15 sebungkus dia dapat.

so saya pun try la tanya kawan yg jd pengedar td
tanya punya tanya boleh la dpt RM9 sebungkus
saya pun bgtau kawan yg berniaga td
dia pun setuju nak ambil dgn kawan saya sebab lg murah

masalah timbul bila dia hanya ada modal utk ambil 70 paket jer
padahal minima utk dpt harga RM9 tu adalah 100 paket
so sbb nak tolong kawan saya pun sanggup la top up lg 30 paket
ingat nak pakai sendiri bg kat isteri ke, mak ke, mak cik ker kan
tapi x sempat pasal penghantaran di buat di pejabat saya bekerja
so kawan2 pejabat semua nampak dan berkenan nak beli dgn saya
ingatkan cukup la sbb ada 30 paket tp x cukup rupanya..
dlm 3 hari licin semua stok yg saya ada..
nasib baik saya x ambil stok kawan saya hehehe..
sbb saya jual RM10 sepaket..
kawan pejabat saya dah lama pakai dia beli pun RM20 sepaket
patut la sekejap jer stok saya licin..ngeh..ngeh..ngeh..

OK DI SINI SAYA NAK BUAT PROMOSI FOOT DETOX PATCH

100 paket (RM900) + RM50 kos pos = RM950.00


500 paket (RM4000) + RM100 kos pos = RM4100.00


1000 paket (RM7000) + RM200 kos pos = RM7200.00


* 1 paket = 10 pcs*

utk C.O.D pun boleh saya berada di Kota Damansara
sebarang pertanyaan boleh email saya di:

amrie1984@gmail.com