Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam semua..
lama sangat dah x update blog ni..sejak menceburkan diri ke dunia offline..
actually..kedai tudung maya yg aku ngan awek a.k.a tunang aku dah bungkus kekeke...
tunang aku dah x larat nak buat..dia kata kerja pejabat makin lama makin byk smpi nak berhenti kerja pun ada huhu..aku ni lagi la x keti bab2 tudung ni..org tanya pelik sikit jer mengelabah la nak jawab hahaha..

anyway..perkembangan terbaru..aku buka gerai kat uptown sri gombak bersama kawan aku kecik a.k.a Syaifuddin naem, baru start jer dalam bulan 8..sambutan boleh tahan la..rintangan awal dah dapat..asal nak jadi penjual kasut crocs alih2 jadi penjual telekung..jauh giler lari haha..
untuk bulan puasa ni la..after raya produk lain lak..x pikir lagi..hahaha..ada cadangan jgn segan konsi ngan kitaorg..datang la singgah kedai kitaorg kekeke..

okey la dah jauh melalut ni..kembali pada tajuk..
sempena hari raya yg bakal tiba ni..aku menyusun jari memohon maaf pada semua kenalan aku..
Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Kad Ucapan Raya Gempak!Kad Ucapan Raya Gempak!

Tiada ulasan: