Rabu, 18 November 2009

Perkembangan perniagaan aku..

Salam semua..ceh mcm ada jer org yg baca blog ni selain aku kekeke...
perkembangan perniagaan aku setakat ni still mendatar lagi..
uptown aku bakal di sewakan pada org lain..bkn sebab aku nak bungkus..
tp cerita dia mcm ni bln 12 ni aku n partner aku kecik di takdirkan menamatkan
waktu bujang kami..ntah kenapa dua2 bln 12..dan kecik bakal menetap di Branang
atas dari sepang sebelum nilai rasanya..aku plak akan menetap di kota damansara..
so terpaksa la aku melepaskan uptown aku buat masa sekarang..dan aku gak bakal bekerja makan gaji ngan syarikat tradewind..jd management trainee setahun..8 bulan kat hotel istana 4 bulan lagi kat properties..kat mana x tau lagi..

perkembangan lain..aku dan beberapa kawan aku telah bersatu dan mendapat tapak sementara selama 2 bln di Anggerik Mall shah alam..kami jual mcm2 jeans, hackett, t-shirt ladies, t-shirt muslimah, kerongsang, jibbitz crocs, selipar, n mcm2 lagi berkaitan remaja. Tapi sayangnya..
yg berkunjung di anggerik mall ni bukan remaja tp mak ayah org da..so sale x la meletop..
purata sale dalam RM200 sehari..lepas bayar pekerja jer..huhu..semua tu adalah cabaran dan jadi pengajaran pada kami semua pada masa depan..barang2 aku dari china pun x sampai lg maybe hujung bulan ni kot..aku order keychain kartun 1500 pcs aku dapat 1 pcs 0.50sen boleh jual RM2.00-RM2.50 sebijik..
aku ada order anti slip pad gak 100 pcs saja nak test market..korang leh tgk dlm youtube pasal benda ni..gempak beb!
selain tu aku ada order detoxyfying betul ker aku eja ni..ala yg lekat kat kaki time tido tu..mcm kinohimitsu tu..aku order 70pcs saja nak try..aku nak bg mak,mak cik n nenek aku try..hehehe..

ebay aku lak ada time meletop tp slalu x la..aku pun sibuk jer memanjang..
k la sampai sini jer perkembangan aku..

Khamis, 1 Oktober 2009

Bersambungnya perniagaan selepas raya

Salam semua,
hari nie bermula sambungan perniagaan aku ngan sahabat aku 'kecik'..di uptown sri gombak..
actually ptg semlm jer aku baru sampai dari kelantan..mlm tu terus pi buka kedai..nak jadi cerita..
khemah kami x di pasang..pasal x bayar sewa lagi..nak bayar mcm mana aku kat kelantan lagi.. kekeke..disebabkan itu mlm td aku ngan kecik buka kat khemah org lain yg x dtg niaga..dengan bertemankan hujan renyai2 n seciput peniaga sahaja. mlm tu kawan aku ngan kecik dtg iaitu juwa n dele..so x la boring sgt..kira sewa kedai hari ni la bayar..so mlm ni dah boleh dapat khemah sendiri..

aku ngan kecik pun buka la kedai..kali ni kami jual jersey bola club2 eropah..gantung baju team mana yg ada n buka meja..tp x buat keluar abis la semua baju..malas lg pun hujan..meja tu bukan letak baju tp letak ngan kotak2 skali kekeke..pastu kami berempat order air kat restoran berdekatan minum bawah khemah sambil borak2..

x ku sangka jersey bola tu kat kL org jual RM80 keatas sedangkan aku jual antara RM58-RM63 sahaja mlm tu berjaya menjual sehelai jersey manchester united warna hitam..alhamdulillah..

lebih kurang pukul 12.30am kitaorg pun tutup kedai pi lepak kat mamak tgk bola..pastu balik umah masing2..sekian..ikuti la sambungan nya nanti hahaha...

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam semua..
lama sangat dah x update blog ni..sejak menceburkan diri ke dunia offline..
actually..kedai tudung maya yg aku ngan awek a.k.a tunang aku dah bungkus kekeke...
tunang aku dah x larat nak buat..dia kata kerja pejabat makin lama makin byk smpi nak berhenti kerja pun ada huhu..aku ni lagi la x keti bab2 tudung ni..org tanya pelik sikit jer mengelabah la nak jawab hahaha..

anyway..perkembangan terbaru..aku buka gerai kat uptown sri gombak bersama kawan aku kecik a.k.a Syaifuddin naem, baru start jer dalam bulan 8..sambutan boleh tahan la..rintangan awal dah dapat..asal nak jadi penjual kasut crocs alih2 jadi penjual telekung..jauh giler lari haha..
untuk bulan puasa ni la..after raya produk lain lak..x pikir lagi..hahaha..ada cadangan jgn segan konsi ngan kitaorg..datang la singgah kedai kitaorg kekeke..

okey la dah jauh melalut ni..kembali pada tajuk..
sempena hari raya yg bakal tiba ni..aku menyusun jari memohon maaf pada semua kenalan aku..
Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Kad Ucapan Raya Gempak!Kad Ucapan Raya Gempak!